Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts

Monday, September 2, 2013

10 Cara Tingkatkan Metabolisme

Metabolisma merupakan cara tubuh membakar semua kalori makanan yang dimakan. Ia adalah proses kompleks yang melibatkan reaksi kimia di dalam tubuh bagi emmastikan organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.Kadar metabolisma pula ukuran kelajuan tubuh membakar kalori.

Faktor jantina, ketinggian berat, umur, genetik, gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisma kita. Metabolisma ini memainkan peranan yang penting dalam pengawalan berat badan - lebih tinggi metabolisma, lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik.

10 tips untuk meningkatkan metabolisma di samping mengekalkan berat badan ideal::

Ambil Banyak Protein ~
Protein memilik kesan 'thermic' yang tinggi. Tubuh akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini.
SARANAN :: ~ Masukkan sumber protein yang tidak berlemak dalamsetiap hidangan. Makan antara lima hingga enam sajian kecil setiap hari dengan memasukkan protein yang tidak berlemak dari sumber seperti keju rendah lemak, kekacang, ayam, ikan atau emntega kacang. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan metabolisma sekaligus memberi rasa kenyang yang lebih lama sepanjang hari. Memakan bar tenaga (energy bar) adalah cara yang baik untuk mendapatkan tenaga segera. Antara bahan-bahannya ialah mentega kacang, kekacang dan buah-buahan kering - yang mampu memberikan protein dan serat yang tinggi.

# Minum Teh Hijau ~
Singkirkan makanan berkalori tinggi seperti kordial buah-buahan dan minuman berkarbonat di dalam senarai minuman anda. Minuman seperti ini bukan sahaja membuatkan anda kembung dan keletihan tetapi juga melemahkan anda. Minum teh hijau cara yang efektif untuk emndapatkan EGCG (epigallocatechin gallate), iaitu bahan yang dikenal pasti sebagai dapat meningkatkan metabolisme. Minum enam hingga lapan cawan teh hijau sehari boleh meningkatkan metabolisma anda.

# Jangan Takut dengan Peralatan Gim ~
Pergilah ke gim dan gunakan segala peralatan kecergasan yang ada. Peralatan-peralatan ini bagus untuk mebentuk otot agar tidak mengumpul lemak serta membantu meningkatkan metabolisma. Tambahan, ia membantu memupuk tabiat yang baik serta konsistensi dalam menjalani progaram senaman dan kecergasan.

# Ambil Omega-3 ~
Ikan seperti ikan salmon, tuna, sardin dan makarel mengandungi omega-3 yang tinggi serta kaya protein dan lemak-lemak sihat. Omega-3 ini membantu menjadikan metabolisma anda lebih efisien, melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar.

# Gunakan Minyak Zaitun / Minyak Kelapa Dara ~
Percaya atau tidak, sesetengah jenis minyak amat baik dalam penurunan berat badan. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara contohnya mengandungi lemak sihat di dalamnya yang boleh memicu metabolisma dan membantu tubuh membakar lebih banyak lemak.

# Kurangkan Karbohidrat ~
Jauhi makanan yang diproses, mengandungi  gula yang tinggi, makanan ringan termasuklah jus buah-buahan. Sebaliknya, ambil lebih banyak protein yang mana ia boleh meningkatkan metabolisma anda sebanyak 30peratus dalam tempoh 12jam. karbohidrat dan lemak pula hanya meningkatkan emtabolisma anda sebanyak 4peratus dalam tempoh kurang dari sejam. Jangan lupa tentang serat! Serat mengikat lemak metabolisma dan menyingkirkan is dari tubuh.

# Detoksifikasi Tubuh ~
Detoksifikasi adalah cara yang efektif untuk menyingkirkan toksin-toksin yang terkumpul di dalam sistem tubuh, meningkatkan metabolisma seterusnya memelihara kesihatan secara menyeluruh. Jauhi diet detoks yang ekstrem yang boleh memudaratkan kesihatan.

# Minum Banyak Air ~
Air bagus untuk tubuh seperti mana minuman kesihatan yang lain. Minum banyak air kerana tubuh yang dehidrasi melambatkan metabolisma serta membuat rasa lapar dan lembap. Gantikan minuman ringan anda dengan teh hijau. Ia memberikan anda tenaga yang banyak tanpa membuatkan anda lemah.

# Minum Air bersama Lemon / Limau Nipis ~
Minumlah air suam dengan campuran sebiji atau setengah biji jus lemon di dalamnya bersama serat. Terdapat enzim pencernaan di dalaam lemon, dan ditambah dengan serat, ia akan meningkatkan metabolisma selain melancarkan sistem pencernaan. Apa-apa sahaja yang anda makan kemudiannya akan lebih mudah untuk dicerna.

# Makan Sajian yang Kecil Tetapi Kerap ~
Tip ini sentiasa disarankan. Makan dalam kuantiti yang kecil, tetapi kerap setiap hari akan membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak.

**sumber:Minggu Wanita Bil. 1539

Based on artikel kt atas ni, ade bbrp poinT yg saya dh highlightkn dgn kaler pink tu.. ianya sama dgn apa yg terkandung dlm set kurus Shaklee yg lengkap iaitu

  • Ambil banyak protein ~ samaada ESP @ Cinch Shake ~ ia memberikan anda rasa kenyang kerana ia adalah protein. 
  • Minum teh hijau ~ Shaklee tidak emmpunyai teh hijau.. namun Cinch Energy Tea tidak kurang hebatnya krn mengandungi ekstrak 4 jenis teh yang juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisma juga memberi tenaga dlm masa yg sama. 
  • Ambil Omega 3 ~ Omega Guard Shaklee merupakan satu-satunya minyak ikan omega-3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 
  • Detoksifikasi ~ pengambilan Alfalfa Shaklee yang terkenal sbg agen detoks
  • Minum banyak air ~ ya! dlm apa jua yg kita lakukan.. dlm pengambilan supplemen untuk apa jua tujuan terutama dalam menurunkan berat badan, pengambilan air yg BANYAK sgt penting. 
Konsep :: Detox ~ Bakar ~ Bina Otot

Cinch Energy Tea.. alternatif untuk Green Tea


Salam Kasih Mesra, 
NIZA {915474}
013 - 584 9326
khaireen1908@gmail.com


Wednesday, August 21, 2013

GEMPAR!!! Turun 16KG dalam masa 3bulan++ - Testimoni Kurus Sihat

Masalah berat badan ni mmg menjadi bualan ramai orang.. bermacam2 cara telah dicuba namun kesannya ade yang ok dan ade yang sebaliknya..
jom kita baca testimoni seorang pengguna supplemen untuk kurus secara sihat oleh Shaklee..
ni bukan cerita rekaan.. berlaku pada empunya diri.. pn Nurul


LOSS INCHES WITH SHAKLEE
**********************

TESTIMONI DIRI SENDIRI

Dari 92 kg ----> 76kg
(ni firstime sy mendedahkan berat sebenar saya pada umum okay!!)

Bagi yang mengenali saya dari zaman sekolah, matrik dan universiti, memang diorang akan kenal saya dengan seorang yang badan gempal....Pernah dulu masa sekolah menengah, ada pelajar lelaki ejek saya dengan panggilan "dugong"...Terukkan??Erm..tapi masa tu makan hati jek...buat tak kisah...Tapi bila duduk sorang2...sedih tu datang jugak...mungkin masa tu takde feel lagi kot nak melawa-lawa ni..

Nak kata mak ayah saya jenis badan besar tak jugak..Tapi mungkin sy mewarisi arwah atok sy yang mempunyai rangka badan yang besar serta berisi..memang dripada dulu tak pernah kurus...KECUALI masa nak kawen..masa tu pulun tak makan nasi..pergi pusat slimming..habis beribu-ribu semata-mata nak nampak kurus n cantik masa hari bersejarah...kuruskan badan semata-mata nak pakai gaun masa hari kawen untuk sesi potong kek...

TAPI...lepas kawen..badan bagai di pam2...yelah..hati senang...dah kawen...pastu terus mengandung..masa mengandung lagi dahsyat...sebelum bersalin berat cecah sampai 98kg..memang dh betul2 mcm dugong dah rasanya..tapi...suami saya tetap sayangkan saya...

Lepas dah bersalinkan Wafiy...sambung menyusu pulak...lagi la tak control makan..memang lapar jek memanjang perut ni..badan naik lagi...radha dan pasrah...banyak baju tak muat..sedih..tapi takde inisiatif nak buat ape2..sebab hanya yg difikirkan biarlah..janji anak aku cukup susu...

selama 2 tahun badan tetap mcm tu...berat memang tak pernah kurang daripada 85kg...hoho...beratnya!!! Encik suami pun tak larat nak dokong okay!!

Lepas tu sambung mengandung anak no2...Ahmad Danial Haris..dalam gambar tu yang tengah2 dua gambar tu ye tengah ngandung 4 bulan...Masa ni memang dah jatuh cinta dengan Shaklee..tapi tak pernah cuba CINCH SHAKE...masa mengandung, cuba jugak..amek jugak cinch shake..bukan sebab nak kurus yer..tapi sy nak bagi berat tak naik banyak sangat mcm masa ahmad Wafiy dulu...dan mengandung anak kedua berat sebelum bersalin 92kg...tak macam dulu...


Lepas bersalin, saya nekad nak turunkan berat badan....at least mesti capai 70kg....itu impian saya...lepas 2 minggu bersalin, saya mula dengan set shape up shaklee...yang terdiri drpd CINCH SHAKE, OMEGA, LECITHIN dan ALFALFA...sampailah sekarang..baby saya dah 3 bulan setengah...

NOW..berat saya dah cecah 76kg...bagi korang yang memang selim melim, akan rasa angka ni still lagi banyak...tapi bagi saya..syukur sangat2...dan dalam keadaan sy sebagai BF moms...pengambilan set ni langsung tak mengganggu...Saya masih makan nasi dan lauk-lauk lain yang seimbang...Dan bf moms tak boleh ikut inch loss plan...TAPI boleh ambil CINCH SHAKE...

Saya ada misi lagi 6 kg untuk diturunkan...saya tak kisah walaupun mengambil masa berbulan-bulan..yang penting sy tahu ianya selamat untuk saya serta baby saya yang sedang menyusu...Dan yang penting...encik suami pun makan suka...


 


Supplemen yang diambil oleh Puan Nurul



Anda ingin mencuba untuk terunkan berat badan @ mengurangkan inci2 pada badan anda & dalam amsa yang sama juga ingin mengekalkan kesihatan tubuh?

hubungi saya kita borak2 santai..
Konsultasi berterusan diberikan sekiranya anda membuat pembelian dengan saya.. haraga of cozz super duper spesel kerana kita ingin semua sihat agar dapat menjalani ibadah seharian dengan selesa.

Salam Kasih Mesra, 
NIZA {915474}
013 - 584 9326
khaireen1908@gmail.com